Soalan : Cara-cara Menyelesaikan Masalah Disiplin di Kalangan Murid-Murid Sekolah. Bincangkan.
Disiplin
bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Masalah
disiplin di kalangan para pelajar sekolah menjadi bualan masyarakat masa kini.
Perbincangan berikut adalah tentang cara-cara menyelesaikan masalah-masalah
disiplin di kalangan mereka.
Salah
satu cara untuk mengekang masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah
adalah dengan cara memberi kefahaman dan pengetahuan tentang undang-undang
serta etika di sekolah. Misalnya undang-undang serta etika tersebut hendaklah
dibekalkan secara bertulis kepada setiap murid. Selain itu, kursus yang
berkaitan dengan undang-undang dan disiplin hendaklah diadakan pada masa yang
sesuai. Oleh yang demikian disiplin pelajar akan mantap maka pentadbiran
sekolah tidak terganggu.
Di
samping itu, maslah disiplin di kalagan murid-murid dapat ditangani oleh
melalui penerapan nilai-nilai murni adalah setiap pengajaran dan pembelajaran.
Nilai-nilai murni yang diterapkan secara langsung atau tidak langsung ini dapat
diamalkan oleh murid-murid secara berterusan. Dengan ini, masalah disiplin
dapat dibanteras apabila murid-murid mengamalkan budaya hidup yang berdisiplin.
Pihak
sekolah dan ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama yang bersepadu dalam
menyelesaikan masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah. Ibu bapa
hendaklah memberikan kerjasama apabila dipanggil oleh pihak sekolah untuk
memaklumkan tentang masalah disiplin anak mereka. Ibu bapa juga sewajarnya
memberikan perhatian dan mengawasi anak-anak mereka semasa berada di rumah agar
disiplin diri mereka terkawal secara berterusan.
Tindakan
mendenda atau memberikan hukuman merupakan salah satu cara yang berkesan untuk
menyelesaikan masalah disiplin hukuman atau denda akan menimbulkan rasa serik
dan takut di kalangan murid-murid untuk mengulangi kesalahan tidak berdisiplin
ini. Dengan ini, hukuman yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak sekolah untuk
memberi kesedaran kepada murid-murid bagi menyelesaikan masalh disiplin.
S oalan : Tuliskan Satu Karangan Cerita Berdasarkan Peribahasa ‘Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak
Berguna’.
Peribahasa
ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.
Peribahasa dihasilkan bertujuan unruk menyuntik nasihat, membimbing dan
menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik.
Antara
beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah ‘Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal
kemudian Tidak Berguna’, peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin
melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan
buruknya supaya kita tidak menyesal jika berlaku sesuatu perkara yang tidak
diingini pada hari kemudian.
Sebagai
contoh , Syafiq sangat malas belajar, semua kerja sekolahnya tidak selesai.
Setiap hari dia bermain permainan video dan menonton cerita kartun. Semasa
ujian, dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang
tepat.
Syafiq
gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal
kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanyan sudah
terjadi,nasi sudah menjadi bubur. Syafiq tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Benarlah
kata peribahasa Melayu ‘Sesal dahulu pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna’.
Kita mesti berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu.
Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perubatan buruk padahnya.
Kesimpulannya,
peribahasa ‘Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna’ mampu
mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu bijak membandingkan
sesuatu yang ada di dalam fana ini dengan diri manusia.
Soalan : Bincangkan Sebab-Sebab Berlakunya Gejala Ponteng Sekolah.
Ponteng
sekolah adalah salah satu daripada masalah disiplin sekolah. Masalah ponteng
sekolah dapat diatasi dengan adanya kerjasama
daripada pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Terdapat beberapa punca
yang menyebabkan murid ponteng sekolah.
Antara
punca murid-murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan-rakan yang nakal.
Murid-murid yang nakal ini selalu ponteng sekolah dan menghabiskan masa dengan
melepak. Mereka selalu mempengaruhi rakan-rakan lain agar turut serta dengan
mereka kerana perbuatan bagi mereka itu menyeronokkan.
Punca
lain ialah sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak. Ibu bapa tidak pernah mengambil tahu ke mana anak mereka pergi. Di
samping itu, mereka juga tidak pernah menegur atau memberi nasihat jika anak
mereka melakukan kesilapan.
Selain
itu, kehilangan kasih sayang kerana kesibukan ibu bapa juga menjadi salah satu
punca mereka ponteng sekolah. Mereka merasa diabaikan lalu mencari keseronokan
dengan mengunjungi pusat membeli-belah atau pusat-pusat permainan video.
Murid
yang lemah dalam pelajaran selalunya ponteng sekolah kerana mereka hilang minat
belajar. Mereka selalu ditegur atau didenda oleh guru kerana tidak membuat
kerja sekolah. Oleh sebab itu, mereka mencari jalan mudah dengan ponteng
sekolah.
Kesimpulannya,
terdapat beberapa punca murid ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah perlu
diatasi agar murid-murid tidak terjebak kepada gejala sosial yang lain seperti
terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Faedah-Faedah Membaca.
Membaca adalah
salah satu tabiat yang baik. Terdapat pelbagai bahan bacaan seperti buku,
majalah, dan surat khabar yang boleh dibaca. Bahan-dahan bacaan ini boleh
didapati dengan mudah sama ada dengan membeli atau meminjam di perpustakaan.
Melaui
pembacaan, kita akan mendapat banyak ilmu pengetahuan. Menerusi ilmu pengetahuan
inilah kita akan dapat memajukan diri kita. Kita dapat menulis dan berhujah
dengan baik apabila mempunyai pengetahuan yang luas. Dengan membaca juga kita
akan dapat mengetahui perkembangan semasa.
Selain
itu, membaca juga dapat mengisi lapang kita. Membaca dapat mencegah seseorang
daripada membuang masa dan terlibat dengan gejala sosial seperti melepak dan
lumba haram. Melalui pembacaan juga seseorang boleh mendapat hiburan.
Cerita-cerita yang dibaca dapat dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan
seharian.
Bagi
seorang murid, sikap suka membaca sangat penting. Murid yang rajin membaca akan
dapat mengingati apa yang dapat dipelajari dengan mudah. Rajin membaca buku
akan memudahkan murid menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Sebagai murid,
masa yang terluang perlulah diisi dengan aktiviti membaca.
Selalu
membaca surat khabar juga dapat membantu para belia mencari kerja. Hal ini
kerana, di dalam surat khabar terkandung ruangan iklan jawatan kosong. Selain
itu, peluang melanjutkan pelajaran ke universiti juga terdapat di dalam surat
khabar. Belia yang kurang membaca akan terlepas banyak peluang.
Sesungguhnya,
membaca adalah amalan yang mulia yang patut dipupuk sejak kecil lagi. Ibu bapa
perlu menggalakkan anak-anak membaca setiap hari. Cogan kata ‘Membaca Jambatan
Ilmu’ harus dijadikan pegangan hidup kita.
Amalan Berjimat Cermat Di Sekolah.
Kita mestilah
menggamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian. Berjimat cermat
adalah amalan yang mulia. Amalan berjimat cermat banyak manfaatnya.
Sebagai
murid, kita hendaklah berjimat cermat dalam berbelanja. Baki wang saku yang
diberikan oleh ibu bapa hendaklah disimpan di dalam tabung. Selain itu, kita
hendaklah membawa bekalan makanan dari rumah yang lebih terjamin kebersihannya.
Justeru, kita terhindar daripada keracunan makanan.
Kita
juga boleh berjimat cermat ketika berada di dalam kelas. Kipas di dalam kelas
mesti ditutup apabila tiada murid yang berada di dalam kelas. Lampu juga
mestilah ditutup apabila keadaan di sekeliling sudah cerah. Peralatan tulis
seperti pensel dan pensel warna hendaklah digunakan sehingga pendek.
Kita
juga mesti menggamalkan amalan berjimat cermat ketika berada di tandas. Air
mesti digunakan dengan sebaik mungkin. Kita mestilah mengelakkan air paip
mengalir tanpa digunakan. Tutup lampu selepas menggunakan tandas.
Selain
itu, kita juga perlu berjimat cermat ketika di kantin sekolah. Jangan membeli
terlalu banyak makanan yang boleh menyebabkan pembaziran. Air yang dibeli juga
perlu dihabiskan. Sebaik-baiknya, bawalah air yang telah dimasak dari rumah
kerana air tersebut juga boleh diminum ketika berada di dalam kelas.
Kesimpulannya,
terdapat banyak cara amalan berjimat cermat boleh diamalkan di sekolah.
Sewajarnya, pihak sekolah perlu menasihati murid agar berjimat cermat. Ibu bapa
juga perlu menggamalkan sikap berjimat cermat agar dapat dicontohi oleh
anak-anak mereka.
Soalan : Nyatakan Sebab-Sebab Kita Perlu Menghormati Dan Menyayangi Guru.
Guru adalah
orang yang mendidik kita sejak di tadika lagi. Tanpa guru, kita pasti tidak
dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Oleh sebab itu, guru
perlu dihormati dan disayangi.
Guru
telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mendidik kita. Tugas guru
bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru perlu mengajar sambil mendidik kita.
Guru terpaksa mendidik dan mengajar murid dalam jumlah yang ramai. Justeru,
kita perlu menghormati dan menyayanginya.
Tugas
guru bukan hanya pada waktu persekolahan. Tetapi mereka sanggup mengadakan kelas
tambahan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan penting seperti
UPSR. Mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Segala pengorbanan
mereka perlu kita hargai.
Sambil
mengajar guru terpaksa mengawal murid-murid yang ramai. Mereka terpaksa melayan
pelbagai kerenah murid-muridnya tanpa rasa jemu. Mereka mendidik murid-murid
mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa membezakannya. Semua murid dipastikan
mendapat ilmu yang diajar.
Guru
juga mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah
murid-muridnya. Semasa berada di dalam kelas, terdapat murid yang nakal dan
tidak membuat latihan yang diberikan. Kadangkala guru terpaksa memarahi
murid-murid agar mereka menyedari kesilapan mereka. Sifat kesabaran guru patut
dipuji.
Sesungguhnya,
kerjaya guru amat mulia walaupun tidak menjanjikan kekayaan. Guru akan gembira
apabila murid-muridnya berjaya menjawat jawatan yang tinggi daripada mereka.
Oleh sebab itu, hormatilah dan sayangilah guru-guru yang telah banyak berjasa
kepada kita.
Kepentingan Air Dalam Kehidupan Seharian.
Malaysia adalah
sebuah negara yang kaya dengan sumber air. Air sangat penting dalam kehidupan
seharian. Air diperlukan untuk pelbagai tujuan seperti kegunaan harian,
pertanian, perindustrian, dan rekreasi.
Dalam
kegunaan seharian, air digunakan untuk memasak, membasuh, dan mencuci kereta.
Air juga sebagai sumber minuman kepada kita supaya kecergasan kita berkekalan.
Dengan adanya air, kehidupan manusia akan lebih sempurna. Kita mestilah
berjimat cermat menggunakan air.
Selain
itu, air juga penting untuk pertanian dan perikanan. Dalam bidang pertanian,
air diperlukan untuk menyiram sayur-sayuran. Dalam bidang perikanan pula, air
menjadi tempat menangkap pelbagai jenis ikan. Tanpa air, bidang pertanian dan
perikanan akan terjejas.
Dalam bidang
perindustrian, air merupakan sumber terpenting. Dalam industri membuat minuman
dan membuat kertas banyak menggunakan air. Industri makanan dalam tin juga
memerlukan air yang banyak. Oleh sebab itu, perindustrian banyak dibina di
kawasan bandar yang bekalan airnya jarang terputus.
Aktiviti
rekreasi seperti berenang dan berkayak memerlukan air. Kawasan bekas lombong
dijadikan taman rekreasi air. Banyak taman air dibuka seperti Sunway Lagoon dan
Water World Melaka. Kawasan ini perlu dipelihara agar tidak tercemar.
Sesungguhnya, air adalah sumber semula
jadi anugerah Tuhan yang amat berharga. Gunakanlah air dengan sebaik-baiknya
dan elakkan pembaziran. Selain itu, kita perlu mengelakkan berlakunya
pencemaran air.
Hampir Mengundang Padah
Pada hari minggu
yang lalu, aku, Selvam dan Tee Khai pergi berkelah di Hutan Lipur, Lata Kajang.
Lata Kajang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pekan Tapah, Perak Darul
Ridzuan. Kami membawa bekalan makanan, minuman dan sepersalinan pakaian.
Setelah
sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondok yang
disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum
ramai orang yang mandi.
Selvam
mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu, ada
papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Namun, Selvam dan Tee Khai
tidak mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka ke tempat tersebut.
Aku bersendirian
mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga tidak berapa
deras. Air air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja. Aku rasa
mandi di tempat yang tohor ini lebih selamat kerana aku tidak pandai berenang.
Tiba-tiba, aku
terdengar suara Selvam menjerit meminta tolong. Aku bergegas ke arahnya, aku
lihat Selvam sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada seorang
pemuda di situ, dia segera bertindak untuk menyelamatkan Selvam.
Selvam berasa
amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas di dalam sungai itu. Dia tidak
menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah dahulu
sebelum melakukan sesuatu , detik hati kecilku.
Pengalaman Semasa Menyertai Program Sambil Belajar.
Melancong
merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati. Semasa
aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang berguna.
Bak kata pepatah, banyak berjalan luas pengalaman.
Pada cuti
pertengahan tahun baru yang lalu, saya berpeuang melawat ke Negeri Melaka.
Tujuan lawatanadalah untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarah penjajah di
kota itu. Para pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan
sejarah tersebut.
Semasa saya
berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk
Kota A Famosa. Kota ini adalah kota yang dibina oleh tentera Portugis. Kota ini
pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis ketika itu.
Selepas
makan tengah hari, saya melawat makam pahlawan-pahlawan Melaka, antaranya
adalah makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat Perigi Hang Tuah.
Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat
mengubati pelbagai jenis penyakit.
Pada
sebelah malamnya, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk menikmati keenakan
ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di kota
penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, ramai pelancong asing yang turut
menikmati keindahan malam di Melaka sambil menjamu selera.
Kira-kira
pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan berangkat pulang. Banyak
pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi. Saya juga sedar betapa
pentingnya menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda
akan datang.
Program Gotong-Royong Di Tempat Saya.
Pada hari minggu
yang lalu, saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk kampung
telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan sempena
Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini.
Tepat
pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampug sudah berkumpul di
luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk
menjayakan aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang dan
pongkis.
Kami
diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Tujuannya adalah untuk
memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara
kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit dan balai
raya.
Pada
masa yang sama, kaum wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di
perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka
kelihatan bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini.
Kira-kira
pukul 11.30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas
telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun kelihatan
letih, namun mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah.
Saya
berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ikatan
silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni
dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan.
Suasana Hari Kantin Yang Diadakan Di Sekolah Kamu.
Pagi-pagi lagi,
semua guru dan pelajar berkumpul di kawasan perhimpunan sekolah. Hari ini
sekolah akan mengadakan Hari Kantin 2009.
Sebelum
Hari Kantin bermula, taklimat diberikan kepada murid dan guru. Setelah
mendengar taklimat, kami pun pergi ke gerai masing-masing.
Aku
yakin gerai kami akan diserbu oleh murid dan pengunjung yang lain kerana gerai
kami ialah satu-satunya gerai yang menjual makanan barat.
Tepat
pukul 11.00 pagi, sekolah mula dipenuhi oleh ratusan pengunjung yang terdiri
daripada ibu bapa dan penduduk di kawasan itu. Mereka datang untuk memberikan
sokongan dan memeriahkan Sambutan Hari Kantin.
Selain
makanan dan minuman, ada juga gerai yang menjual cenderamat yang di hasilkan
oleh murid-murid sekolah. Gerai-gerai ini dikendalikan oleh murid-murid dan
guru-guru.
Kami
bersyukur kerana Hari Kantin 2009 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM10
ribu ringgit. Kami juga berterima kasih atas sokongan dan sumbangan yang telah
diberikan oleh pihak sekolah dan juga penduduk setempat.
Kebaikan Buah-buahan Tempatan.
Buah-buahan
tempatan bermaksud buah-buahan yang terdapat di dalam negara kita. Negara kita
mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, langsat,
duku, durian dan manggis. Buah-buahan ini mempunyai banyak khasiat.
Kita
patut memilih buah-buahan tempatan kerana mudah didapati di negara kita. Selain
itu, harganya juga lebih murah berbanding buah-buahan luar negara. Harga
buah-buahan ini semakin murah apabila tiba musim buah-buahan tersebut. Rasanya
juga enak.
Selain
itu, buah-buahan tempatan lebih segar dan bermutu tinggi. Buah-buahan luar
negara pula kurang segar kerana terlalu lama dalam perjalanan. Buah-buahan luar
negara juga mengandungi bahan pengawit agar tahan lama.
Harga
buah-buahan luar negara mahal sedangkan khasiatnya sama dengan buah-buahan
tempatan. Jika kita membeli buah-buahan tempatan kita dapat berjimat-cermat.
Buah-buahan tempatan boleh didapati di sepanjang tahun. Ada beberapa jenis
buah-buahan tempatan boleh dijadikan kuih seperti pisang dijadikan pengat dan
durian dijadikan lempuk.
Membeli
buah-buahan tempatan juga dapat membantu para petani di negara kita. Para
petani juga dapat memasarkan hasil tanaman mereka. Pendapatan mereka akan
bertambah. Ekonomi negara juga akan meningkat.
Oleh
sebab itu, makanlah buah-buahan tempatan. Buah-buahan tempatan lebih baik
daripada buah-buahan luar negara. Dengan membeli buah-buahan tempatan kita
dapat membantu para petani dan pekebun buah-buahan di negara kita agar lebih
maju.
Banjir Di Kampung Saya.
Pada tahun ini,
kampung saya telah dilanda banjir sebanyak dua kali. Kali pertama berlaku pada
bulan Januari dan kali kedua pada bulan Disember. Banjir pada kali ini lebih
teruk daripada tahun sebelumnya.
Hujan
lebat turun tidak berhenti-henti selama dua hari. Hujan yang lebat itu telah
menyebabkan sungai dipenuhi air dan melimpah. Kami mula berasa bimbang apabila
air sungai mula mencecah ke paras lutut. Ekoran itu, kami telah pu bersiap
sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Tanpa
membuang masa, kami mengemas barang-barang ke tempat tinggi. Kami juga mengumpul
dokumen penting dan pakaian untuk dibawa semasa berpindah. Apabila air semakin
naik, kami diarahkan berpindah. Kami menaiki trak tentera yang telah disediakan
untuk berpindah ke pusat permindahan.
Bagi
penduduk kampung yang berada di kawasan yang lebih rendah, mereka diselamatkan
dengan menggunakan bot. di sepanjang tempat permindahan, kami berasa sungguh
sedih apabila melihat rumah dan segala harta benda kami ditenggelami air.
Kereta dan peralatan rumah tidak dapat diselamatkan. Namun begitu, kami masih
bersyukur kerana kami masih selamat.
Di
pusat permindahan, kami diberi bantuan kain selimut dan makanan. Wakil rakyat
dan pegawai kebajikan datang melawat kami. Selepas empat hari berada di pusat
permindahan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami pulang ke
rumah dengan perasaan sayu kerana banyak harta benda kami yang musnah.
Banjir
yang melanda tahun ini menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Namun
begitu, kami redha di atas apa yang berlaku. Kami meneruskan aktiviti harian
seperti biasa walaupun dalam serba kesulitan.
Pengalaman Perkhemahan.
Pada bulan
September yang lalu, aku dan rakan-rakanku menyertai perkhemahan anjuran
sekolah kami. Perkhemahan ini disertai oleh 130 orang murid. Ia diadakan di
tapak perkhemahan Sedili Motor Resort, Kota Tinggi, Johor.
Kami
bertolak ke sana pada pukul 2.00 petang dengan menaiki bas yang disewa khas.
Perjalanan ke sana amat menyeronokkan kerana ditemani pemandangan yang indah di
kiri kanan jalan. Pada pukul 3.30 petang, kami sampai di tapak perkhemahan dan
terus mendirikan khemah. Kami menghias khemah kami dengan pokok-pokok kecil
yang terdapat di situ.
Sebaik
sahaja selesai mendirikan khemah, kami semua minum petang dan solat asar
berjemaah. Kemudian, kami menyediakan makan malam. Tepat pada pukul 6.30
petang, kami makan malam dan diikuti dengan solat maghrib dan isyak. Pada malam
itu, kami mengadakan Malam Kebudayaan dan tidur pada pukul 11.00 malam.
Kesokannya,
kami bangun seawal 5.30 pagi. Kami mandi, solat subuh dan mengikuti senamrobik
yang diketuai oleh Cikgu Wan Ahmad. Kami berasa sangat seronok kerana bersenam
di tepi pantai yang nyaman udaranya. Seleps bersarapan, kami mengikuti aktiviti
‘jungle traking’, kawat kaki dan kemahiran ikatan.
Pada
pukul 12.30 tengah hari, kami menikmati makan tengah hari dan membersihkan
diri. Selepas itu, diadakan pertandingan khemah terbaik dan pertandingan
memasak. Kedua-dua pertandingan ini agak mencabar tetapi amat menyeronokkan.
Aktiviti paling mencabar apabila kami dikehendaki membuat roti pintal yang
dibelit pada batang buluh dan dibakar di atas bara api.
Pada
pukul 4.00 petang, kami berkemas untuk pulang. Sebelum pulang kami membersihkan
kawasan perkhemahan. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini banyak memberi
pengalaman baru kepada kami dan tidak dapat kami lupakan.
Masa Itu Emas.
Kita selalu
mendengar ungkapan ‘Masa Itu Emas’. Ungkapan itu bermaksud masa itu sangat
berharga kerana masa yang berlalu tidak akan berulang lagi. Orang yang tahu
menghargai masa akan berjaya dalam hidupnya.
Sebagai
seorang murid hendaklah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. Antaranya,
menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu dan mengulangkaji pelajaran.
Hal ini kerana, dapat menambah ilmu pengetahuan kita. Selain itu, kita akan
mudah mengingati pelajaran yang telah dipelajari dan lulus dengan cemerlang di
dalam peperiksaan.
Kita
juga boleh membantu ibu bapa kita membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh
pinggan, menyapu sampah dan menjaga adik. Kerja-kerja ini boleh kita lakukan
ketika cuti sekolah atau pada masa lapang. Ibu bapa akan lebih menyayangi kita.
Justeru, kita dapat membantu meringankan tugas mereka seharian.
Kita
juga boleh mengisi masa lapang kita dengan beriadah. Contohnya, berjoging,
berkayak dan bersenam. Aktiviti ini akan dapat menjauhkan kita daripada
pelbagai jenis penyakit. Selain itu, dapat mengekalkan kesihatan kita. Kita
juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial seperti
melepak, merokok dan penagihan dadah.
Sebagai
murid, kita hendaklah mempunyai hobi. Justeru, masa lapang akan dipenuhi dengan
melakukan hobi tersebut. Contohnya, hobi membaca buku cerita dan memancing.
Selain itu, hobi memancing dapat menjimatkan perbelanjaan harian di samping
memperoleh ikan segar.
Sesungguhnya,
masa itu emas. Kita akan menjadi orang yang paling rugi jika tidak memanfaatkan
masa yang ada. Masa tidak akan berulang lagi dan kita mesti menggunakan masa
dengan sebaik-baiknya.
Punca Berlakunya Kes Buli Di Sekolah.
Sekolah
ialah tempat untuk menuntut ilmu dan menjadi rumah kedua bagi murid. Namun
begitu, banyak
kes buli berlaku di sekolah dan membimbangkan ibu bapa. Terdapat
beberapa punca berlakunya kes buli di sekolah.
Antara
punca buli di sekolah ialah berpunca daripada sikap murid itu sendiri.
Kebiasaannya murid yang membuli berbadan besar dan kuat. Mereka membuli rakan
sebaya atau murid baru yang berbadan kecil dan mempunyai banyak wang. Ada juga
yang membuli dengan memaksa murid lain menyiapkan kerja sekolah dan membelikan
mereka makanan.
Selain
itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca murid-murid lain untuk membuli.
Ada murid yang membuli semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan rakan
mereka. Mereka berasa seronok dan bangga apabila rakan-rakan memujinya.
Justeru, ibu bapa perlu memantau kelakuan anak-anak mereka dan sentiasa
berhubung dengan pihak sekolah.
Kes
buli juga berpunca daripada murid yang menghadapi masalah di rumah. Ada di
antara mereka dibuli oleh abang dan kakak mereka. Kes-kes seperti ini sering
berlaku kepada anak-anak yang ibu bapa mereka terlalu sibuk bekerja. Ada
sesetengah di antara mereka membuli untuk menarik perhatian rakan dan guru di
sekolah.
Televisyen
juga boleh mempengaruhi murid untuk membuli. Mereka membuli selepas menyaksikan
aksi ganas di televisyen. Rancangan gusti adalah salah satu rancangan aksi
ganas. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilahmelarang anak mereka menonton rancangan
gusti supaya anak mereka terhindar daripada perbuatan membuli.
Kesimpulannya,
terdapat beberapa punca berlakunya kes buli di sekolah. Oleh sebab itu, pihak
sekolah mestilah membuat pemantauan terhadap tingkah laku murid. Selain itu,
ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka agar menjauhi perbuatan
membuli.
Malaysia Kesayanganku
Malaysia
adalah sebuah negara yang aman, makmur dan merdeka. Malaysia telah merdeka
daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Sejak 50 tahun yang lalu,
negara Malaysia terus berkembang pesat dan bakal menjadi negara maju pada tahun
2020.
Di
Malaysia inilah aku dilahirkan dan dibesarkan. Malaysia mempunyai rakyatnya
yang berbilang kaum dan hidup aman damai. Mereka sentiasa tolong-menolong dan bertolak
ansur dalam memelihara keharmonian Malaysia. Inilah keunikan negara Malaysia
kesayanganku.
Selain
itu, Malaysia juga indah dengan flora dan faunanya. Keindahan menarik ramai
pelancong datang ke Malaysia. Antara tempat-tempat yang menarik adalah Melaka,
Pulau Pinang dan Putrajaya. Kenmudahan penginapan dan makanan yang pelbagai
jenis dapat memikat hati pelancong asing.
Malaysia
juga terkenal dengan kepelbagaian budaya. Antaranya adalah istiadat
perkahwinan, tarian, dan pakaian tradisional. Kepelbagaian budaya ini juga menjadi
daya tarikan pelancong. Setiap kali menyambut perayaan keagamaan, pihak
kerajaan mengadakan ‘Rumah Terbuka’ yang boleh dikunjungi oleh semua kaum.
Malaysia
kesayanganku adalah negara yang stabil daripada segi politik dan ekonomi.
Malaysia mempunyai pemimpin yang berwawasan jauh dan bertanggungjawab. Hasrat
untuk menjadi negara maju terus diperjuangkan. Aku berasa bangga kerana rakyat
Malaysia sentiasa bersatu padu dalam menjayakan wawasan negara.
Sesungguhnya,
Malaysia adalah negara kesayanganku. Segala kemudahan dan kemodenan dikecapi
oleh semua rakyat yang berbilang bangsa. Justeru, sayangilah negara Malaysia
kerana ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.
No comments:
Post a Comment